Elaeocarpus ganitrus
Elaeocarpus ganitrus

Elaeocarpus ganitrus

Gandateri,[1][2] genditeri,[2] (Jawi: ‏ڬندتري‎‎), ganitri atau jenitri (nama saintifik: Elaeocarpus ganitrus) adalah pohon yang termasuk dalam keluarga Elaeocarpaceae bertaburan dari kaki pergunungan Himalaya ke Asia Tenggara termasuk kepulauan Nusantara dan Papua, Guam sampai sejauh kepulauan Hawaii.[3]Buahnya berwarna ungu dengan biji yang cukup besar dan biasa digunakan sebagai manik-manik penyusun perhiasan terutamanya sebagai biji tasbih penganut agama Hindu,[4] ia diberi nama rudrākṣa (Bahasa Sanskrit: रुद्राक्ष) kerana dipercayai merupakan air mata tertitis dari biji mata dewa Shiva (atau nama asalnya Rudra) semasa bersemadi[4][3] Biji-biji ini juga dipergunakan dalam amalan masyarakat Hindu sebagai bahan semahan semasa upacara pembakaran mayat.[5]